Struktur Akta Akta Hak Asasi Manusia 1998

Struktur Akta mempunyai dua sifat piawai. Pertamanya ia meletakkan tugas kepada kesemua mahkamah-mahkamah dan tribunal dalam United Kingdom untuk menafsirkan perundangan sejauh mana yang mungkin dalam cara yang serasi dengan hak-hak yang terkandung dalam Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi Manusia (seksyen 3(1)). Pengehadan kreativiti para hakim banyak diperbincangkan tetapi ia kini jelas yang Mahkamah tidak boleh menafsir Akta Parlimen dalam cara yang menentang maksud asal mereka. Apabila ia tidak mungkin untuk menafsir Akta dalam cara yang serasi dengan Konvensyen, suatu perisytiharan ketidakserasian boleh diisu oleh Mahkamah bawah seksyen 4, menyatakan bagaimana Konvensyen melanggar hak asasi manusia. Suatu perisytiharan tidak boleh memansuhkan perundangan tetapi membolehkan pindaan dilakukan dengan cara khas yang lebih cepat di bawah seksyen 10 Akta.

Akta Hak Asasi Manusia beraplikasi kepada kesemua badan kerajaan di United Kingdom, termasuk kerajaan pusat, pihak berkuasa tempatan, dan badan-badan yang ada fungsi awam. Ia juga termasuk mahkamah. Akan tetapi ia tidak termasuk Parlimen apabila ia duduk dalam kapasiti perundangannya.

Peruntukan-peruntukan yang lebih kuat beraplikasi pada pentadbiran Scotland yang didevolusikan di bawah Akta Scotland 1998, yang mensyariatkan bahawa Eksekutif Scotland dan Parlimen Scotland tidak punyai kuasa untuk melanggar Konvensyen.

Meskipun Akta menyatakan ia beraplikasi kepada badan awam, Akta ini juga mempunyai kesan terhadap undang-undang persendirian antara individu-individu rakyat yang menampakkan sesetengah ahli akademik menyatakan bahawa ia mempunyai kesan horizontal selain kesan vertikal (sebagaimana pertikaian antara negara dan rakyatnya). Ini kerana seksyen 6(1) dari Akta mendefinasikan mahkamah-mahkamah dan tribunal-tribunal sebagai badan awam, maksudnya keputusan mereka juga mesti serasi dengan obligasi hak asasi manusia kecuali dalam kes perisytiharan ketidakserasian. Dengan itu, para hakim punyai tugas untuk berlaku dalam cara yang serasi dengan Konvensyen meskipun tindakan adalah khusus kepada dua individu.

Meskipun arahan Akta ini adalah untuk menafsirkan perundangan sebagai serasi dengan hak-hak Konvensyen sejauh mana yang mungkin dalam seksyen 3(1) beraplikasi kepada statut dan bukan common law, ia dihujahkan bahawa seksyen 6 Akta menunjukkan bahawa undang-undang yang tidak perlu ditafsir mengikut obligasi hak asasi manusia adalah perundangan yang tidak serasi. Maka common law boleh dikembangkan mengikut lunas-lunas hak asasi. Akan tetapi, Akta Hak Asasi Manusia tidak boleh digunakan untuk mencipta tindakan-tindakan baru dalam undang-undang persendirian.[2]

Rujukan

WikiPedia: Akta Hak Asasi Manusia 1998 http://www.conservatives.com/tile.do?def=news.stor... http://news.bbc.co.uk/1/hi/uk/7718961.stm http://news.bbc.co.uk/1/hi/uk_politics/5114102.stm http://www.guardian.co.uk/frontpage/story/0,,20878... http://www.guardian.co.uk/uk/2006/feb/06/schools.r... http://www.archive.official-documents.co.uk/docume... http://www.telegraph.co.uk/news/uknews/1513730/Law... http://www.telegraph.co.uk/opinion/main.jhtml?xml=... http://www.opsi.gov.uk/acts/acts1998/19980042.htm http://www.opsi.gov.uk/acts/acts1998/80042--d.htm#...